Followers

Saturday, February 2, 2013

Keadilan X Sarawak™: EMPANGAN HIDRO: ANWAR DAN PENAN

Keadilan X Sarawak™: EMPANGAN HIDRO: ANWAR DAN PENAN: Pada hakikatnya, pembangunan empangan hidro elektrik di Sarawak bukanlah sekadar untuk memenuhi keperluan negeri ini terhadap tenaga menjelang 2020 tetapi juga bersifat serampang dua mata bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat peribumi seperti Penan yang tinggal jauh dipedalaman.

Pembangunan Murum misalnya akan transform masyarakat Penan di kawasan terlibat daripada kehidupan primitif kepada kehidupan moden yang bukan sahaja lebih selesa dan teratur tetapi juga masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Masyarakat Penan yang terlibat akan ditempatkan semula di kawasan perumahan yang lengkap dengan kemudahan asas dan yang utama kemudahan pendidikan.

Kajian yang dibuat beberapa tahun lalu terhadap masyarakat Penan di Long Wat, Long Nuar, Long Menapa, Long Singan, Long Tangau dan Long Median menunjukkan bahawa lebih 90 peratus daripada mereka tidak pernah bersekolah.

Sebagai langkah intervensi terhadap isu ini, kerajaan Sarawak melalui agensinya Sarawak Energy Berhad (SEB) telah mula mengembangkan program literasi yang meliputi semua anak muda Penan di kawasan Murum.


SILA BACA SINI Keadilan X Sarawak™: EMPANGAN HIDRO: ANWAR DAN PENAN

No comments:

Post a Comment

SARAWAK KOLOK MEE™ Recognised The Freedom Of Expression Is Essential For Any Society To Evolve Better.

Comments Are Welcomed But Will Be Moderated Depends On Situations.

Any Views Expressed Within SARAWAK KOLOK MEE™ Are Not Those Of The Author.

Sarawak Kolok Mee™® Latest