Followers

Sunday, January 6, 2013

R.I.P OUR HERO Datuk Temenggong Kanang Ak Langkau


Pahlawan Negara Datuk Temenggong Kanang Ak Langkau meninggal dunia di Hospital Umum Kuching.

Kanang anak Langkau (1945 - Januari 3, 2013) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal.
Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalamAngkatan Tentera Malaysia. 

Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasaoleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21April 1962. 

Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran.



Bangganya dapat bergambar dengan Datuk Temenggung Kanang anak Langkau, you mungkin biasa dengar nama Spiderman, Superman atau Batman; hero komik fictional Barat namun Datuk Temenggong Kanang adalah hero sebenar Malaysia lebih-lebih di kala masa darurat dahulu, bekas "Iban Tracker" ini boleh menjejaki musuh dalam hutan dengan bergerak senyap tanpa sebarang bunyi, beliau pernah di ditembak tiga kali sampai terburai tali-perutnya oleh komunis di Ipoh, Perak tetapi sebaliknya masih melaungkan "Agik Idup Agik Ngelaban" (Selagi Aku Hidup, Aku Akan Melawan)!!

Kenyataan di atas adalah SUARA HATI daripada saudara kita TheUnreportedNews... 

AGIK IDUP AGIK NGELABAN! 

1 comment:

SARAWAK KOLOK MEE™ Recognised The Freedom Of Expression Is Essential For Any Society To Evolve Better.

Comments Are Welcomed But Will Be Moderated Depends On Situations.

Any Views Expressed Within SARAWAK KOLOK MEE™ Are Not Those Of The Author.

Sarawak Kolok Mee™® Latest