Followers

Thursday, December 20, 2012

Kenyataan Ruslan Kasim Atas DAP




Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, ini terbukti apabila pemilihan jawatan Timbalan Pengerusi, Naib-naib Pengerusi dan Setiausaha Agung tidak diundi oleh 2,576 perwakilan yang hadir, sebaliknya DITENTUKAN OLEH ANAK-BERANAK LIM KIT SIANG DAN LIM GUAN ENG.

Sudah terang lagikan bersuluh bahawa DAP hanyalah demokratik dari segi nama partinya sedangkan amalannya adalah jauh panggang dari api, ibarat telunjuk lurus kelengkangnya berkait.

Cara melantik kepimpinan utama parti yang mereka lakukan diharap membuka mata, hati dan minda rakyat bahawa demokrasi yang dilaungkan selama ini hanya ibarat madu berisi racun dan tak lebih daripada slogan kosong semata-mata.

Pengerusi DAP, Karpal Singh juga hipokrit kerana sering melaungkan slogan ketelusan, integriti dan demokrasi sedangkan jawatan yang disandang bukan dipilih ahli parti tetapi didakwanya melalui pelantikan.

KARPAL TIDAK LAYAK UNTUK MENENTUKAN CALON PERDANA MENTERI bagi pakatan pembangkang seperti tindakannya menegaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengepalai kerajaan jika pakatan menguasai kerajaan kelak.

Menurutnya, atas sebab itu, PARA PEMIMPIN DAP TIDAK LAYAK MENUDUH KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN) TIDAK DEMOKRATIK ATAU TIDAK TELUS dan parti itu juga seharusnya tidak mendabik dada kononnya mereka menjuarai konsep demokrasi.

Semua orang Melayu dalam DAP, jika ada maruah dan harga diri beramai-ramai meninggalkan parti tersebut kerana kehadiran serta penyertaan mereka tidak diperlukan dalam parti itu.

No comments:

Post a Comment

SARAWAK KOLOK MEE™ Recognised The Freedom Of Expression Is Essential For Any Society To Evolve Better.

Comments Are Welcomed But Will Be Moderated Depends On Situations.

Any Views Expressed Within SARAWAK KOLOK MEE™ Are Not Those Of The Author.