Followers

Thursday, December 20, 2012

Kenyataan Muhyiddin Atas Sifat Perkauman DAP




DAP bukan untuk orang Melayu kerana hakikat sebenar terserlah melalui proses pemilihan parti itu baru-baru ini sehingga penasihat parti itu, Lim Kit Siang sendiri mengakui kegagalan tersebut.

Ariffin sudah hilang identiti, jadi bila buka mulut sama sahaja dengan Kit Siang, Guan Eng dan serupa Karpal Singh.

Mungkin Kit Siang rasa apologetik (mengenai kedudukan Melayu dalam DAP) tetapi sebenarnya mengakui parti itu tidak mengira kepentingan politik, bersikap perkauman dan tidak sesuai untuk orang Melayu memperjuang nasib bangsa mereka.

Justeru, orang Melayu dalam DAP patut sedar penglibatan mereka adalah sia-sia kerana tidak diberi pengiktirafan oleh parti tersebut.

Keputusan CEC itu menunjukkan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP hanya RETORIK. Apa yang berlaku dalam parti itu sekarang ialah mereka tidak terjemahkan perkara yang dilaung-laungkan dalam ceramah dan sebagainya iaitu DAP UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

Mereka kata benda lain tetapi lakukan perkara sebaliknya, ini membuktikan DAP tidak menunjukkan hakikat sebenar. 

Parti yang dianggap demokratik itu juga gagal membuat pembaharuan dengan terus memilih ahli keluarga tertentu untuk mengisi jawatan tertinggi.

Dia punya sistem kata demokratik tetapi tiada siapa di sana kecuali keluarga Kit Siang dan Karpal Singh sahaja, inilah realiti yang harus dilihat dalam pakatan pembangkang ini.

JANGAN KITA TERIKUT DENGAN CARA MEREKA YANG HANYA BERCERAMAH DAN BERJANJI MACAM-MACAM TAPI REALITINYA TIDAK BERLAKU

No comments:

Post a Comment

SARAWAK KOLOK MEE™ Recognised The Freedom Of Expression Is Essential For Any Society To Evolve Better.

Comments Are Welcomed But Will Be Moderated Depends On Situations.

Any Views Expressed Within SARAWAK KOLOK MEE™ Are Not Those Of The Author.