Followers

Friday, December 21, 2012

DAP SARAWAK SABAH CETUSKAN KEMARAHAN TERBARU DAP PUSAT



Biarpun krisis pemilihan JAWATANKUASA TERTINGGI PUSAT (CEC) DAP telah semakin reda, tetapi pemimpin Melayu DAP masih belum dapat menerima kekalahan mereka dalam pengundian yang diadakan pada Sabtu lepas.

KERESAHAN PEMIMPIN MELAYU DAP bagaimanapun sedikit terubat apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggunakan kuasa vetonya dengan melantik Zairil Khir Johari dan Senator Ariffin S.M Omar ke dalam CEC DAP 2012 hingga 2015. Namun, ini tidak menukarkan pandangan rakyat Malaysia bahawa DAP ITU BUKAN PARTI PELBAGAI KAUM, TETAPI PARTI RASIS.

DAP Pusat sekali lagi menerima tamparan hebat apabila pemimpin DAP Sarawak dan Sabah menyuarakan kemarahan mereka apabila tindakan DAP Pusat melantik Tan Kok Wai sebagai Timbalan Presiden DAP Malaysia yang dianggap membelakangkan pemimpin DAP Chong Chieng Jen dari Kepulauan Borneo itu.

Mengikut perkiraan undi, Tan Kok Wai telah menduduki tangga Ke-7 dari segi perolehan undi keseluruhannya manakala calon tunggal Borneo, Chong Chieng Jen dari DAP Sarawak menduduki tangga Ke-4. 

Tetapi, yang sangat mendukacitakan DAP Sarawak dan Sabah, Chong Chieng Jen tidak terpilih mahupun disenaraikan dalam AJK Tertinggi DAP. Ini benar-benar menghancurkan DAP Sarawak yang selama ini menunjukkan peningkatan dari segi sokongan rakyat terutama kaum Cina.

Lebih mengejutkan, tindakan DAP Pusat melantik Teresa Kok yang memperolehi undi Ke-18 terbanyak sebagai Naib Presiden juga menimbulkan persoalan di kalangan pemimpin DAP Sarawak dan Sabah. Apakah Chong Chieng Jen tidak popular atau mempunyai reputasi yang tidak baik sepanjang penglibatannya dalam DAP Sarawak?

Situasi yang juga berlaku ke atas Teng Chang Kim yang menduduki tangga Ke-10 dalam pemilihan calon CEC DAP, tetapi turut tidak terpilih dan menerima nasib yang sama seperti Chong Chieng Jen. 

Ini benar-benar mendukacitakan pemimpin DAP yang menerima undi yang banyak tetapi tidak dipilih menganggotai Jawatankuasa Kerja DAP Pusat.

Situasi ini menunjukkan DAP Pusat mahu memperlihatkan kekuasaannya ke atas DAP Sarawak dan Sabah dengan TIDAK MENGIKTIRAF SUMBANGAN DAN PERANAN DAP DARI KEPULAUAN BORNEO itu. 

Sentimen kenegerian juga dapat dilihat dalam pemilihan AJK Tertinggi DAP Pusat pada kali ini dengan menyingkirkan DAP Sarawak dan Sabah.

 

1 comment:

  1. DAP tidak perlukan Chong chien jen. Sebab dah ada John Brian. He is better maaaaa....

    ReplyDelete

SARAWAK KOLOK MEE™ Recognised The Freedom Of Expression Is Essential For Any Society To Evolve Better.

Comments Are Welcomed But Will Be Moderated Depends On Situations.

Any Views Expressed Within SARAWAK KOLOK MEE™ Are Not Those Of The Author.